Sedang saya khusyuk membaca beberapa email, saya terbaca satu email yang menerangkan tentang persoalan mengenai cara menulis kalimah salam. Apakah salam wajib dan perlu ditulis penuh
“Assalamualaikum” atau boleh disingkatkan menjadi “Akum”,“Askum”,“Aslkum” dan sebagainya?
Berikut adalah penerangan yang saya terima melalui email seorang rakan, yang saya kira bagus untuk kita sama-sama ambil perhatian dan fikir-fikirkan.dan juga JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM"
Adakah wajib salam ditulis dengan penuh??
Bagaimanapun saya tidak lah termasuk di kalangan orang yang bersetuju untuk mensyaratkan assalamualaikum di tulis penuh. Menurut Islam, yang lebih penting adalah “kefahaman intipati”. Jika anda faham ianya adalah lafaz penuh, maka tiada lagi masalah bagi menulis ringkasannya. Perlulah memahami Maqasid Shariah (objektif dari hukum Shariah) dalam hal ini.objektif shariah dalam hal memberi salam adalah sunnah dan mendoakan saudara seIslam. Ia dibuat dalam bentuk verbal biasanya. Apabila ditulis secara tulisan, jika benar formal, bolehlah anda menulisnya dengan lengkap, tetapi di kala tidak formal, yang penting maksud shariahnya sampai.
Tulisan “salam” atau “akum” atau “askum”, sudah tentulah bermaksud lafaz salam yang penuh, tiada siapa yang akan menulisnya kecuali bermaksud lafaz salam yang penuh. Maka adalah menjadi suatu kecacatan sendiri apabila si pembaca membacanya dengan lafaz singkat. Sebagaimana singkatan “utk”, “dsbg” dan difahami secara automatik ia adalah bermakna “untuk”, “dan sebagainya”.Justeru, Islam adalah agama yang memudahkan dan bukan menyusahkan umatnya..
bagi merasakan inidvidu yang menggunakannya adalah salah.Bagi saya orang yang mengganggap salah itulah yang salah. dalah logik dan diterima Syara’ utk menggunakan singkatan bagi lafaz salam di sms, mahupun email dan lain-lain tempat yang sesuai kerana ia tetap bermaksud lafaz salam yang ditunjukkan Saya sebenarnya amat pelik, saya telah selalu membaca dan mendengar pertikaian seperti ini,tetapi ini pertama kali ditunjukkan secara pribadi, persoalannya mngapa isu yang sekecil ini dapat perdebatan amat membuang masa..
No comments:
Post a Comment